Thursday, January 8, 2015

Dugaan di Pengakhiran Tahun 2014

salam semua..
entry Penang terpaksa tangguh,dah bersemangat nak sambung cepat kasi habis sekali datang pulak ujian..ujian tu Tuhan bagi sebab suruh rehat..asik mengeluh penat je kan..hahah..ok lah, 22 Disember 2014 bersamaan hari Isnin, pagi tu pergi kerja macam biasa..tghri tu keluar lunch dgn en suami mcm biasa jugak..balik je ofis terus buat kerja..tgh2 merekod surat aku rasa mcm sakit kat bawah perut..fikir2 balik x kan period?rasanya blm kena tarikh lagi..buat bodoh dulu, teruskan merekod surat yg maha banyak tu..pastu aku bangun berjalan pegi ke unit admin, tiba2 rasa sakit mencucuk2, berpintal2 kat perut belah kanan nih..sakit gila sampai aku jalan membongkok2..terus aku masuk bilik aku balik..cuba duduk tp sakit jugak..masuk bilik "rahsia" cuba baring pon x boleh..ehhh sakit gila ok, mcm sakit nak beranak..berpintal2 kat dalam tu tah apa benda x tau..aku dah berpeluh2 x boleh tahan,,terus call en suami mintak ambik cepat!aku dah x blh nak cakap sgt..kebetulan bos ada pulak..pastu ada org jumpa, aku x blh nak interrupt..aku call CC cakap aku nak balik..aku sakit..die pon risau, terus dtg kat aku terkejut. kata muka dah pucat..en suami sampai je aku terus balik mintak tolong cc bagi tau bos..en suami ajak terus ke hospital tapi biasa la aku kan,,penakut!nak g klinik dulu..bukan apa, aku ni byk berfikir, kalau pegi hospital kang confirm kena tahan, anak aku cmne..siapa nak masak, itu ini...ehh  mcm2 fikir..so pegi jugak klinik pakar yg biasa aku pegi..doc tu x scan pulak,,die tekan2 je sbb ingat appendix..xde pon simptom appendix..die kata angin,,bagi ubat angin dan injection bontot sedas..hehe..ingt baik la..sekali bila balik baring2 rasa nak terkencing..bila lepas kencing nahhhhhh,, datang balik sakit tu..berguling2 aku menjerit kat lantai..boleh bayang sakit die cmne??sakit gila!terus en suami bawak g hospital..aku cakap pegi SALAM je dekat..malas nak ke KPJ, jauh..lps tu menyesal x pegi KPJ sbb x berapa sgt la layanan kat SALAM ni..doc mmg best x dinafikan tapi x ramai doc kot..jadi lambat pastu nurse pon x mesra alam..ok lah, sampai hospital terus ke emergency..doc tu cek sama jugak sbb suspek appendix, tp bukan..cek air kencing ada darah sikit..die ketuk2 kat pinggang aku tanya sakit ke depan ke x, ehh mcm2 la, aku dah x blh rasa sakit tu ke depan ke belakang ke..hahah, so die suspek kat buah pinggang..aku terkejut la..dah apa kena pulak dgn buah pinggang..terus dah fikir bukan2..pastu doc tu cakap nanti kita buat ct scan untuk tgk apa masalah sebenarnya, ada batu ke apa..phewww!so admitted ler,,arghhhhhhh!

sobsobsob
aku benci duduk hospital..aku duduk hospital masa beranak je..lain2 x penah pon..so ni kali kedua seumur hidup aku..malam tu en suami nak teman tp aku kata x payah la,,balik duduk dgn anak..aku ok je sorang2 bukan x blh jalan..dah masuk air ni dgn ubat tahan sakit ok la..mcm xde pape..mmg mcm bercuti saja2 duduk hospital nih..esok tu nak kena buat ct scan..mula la risau..fikir macam2, kang x jumpa penyakit sebenar jumpa penyakit lain pulak..haha,tp x full body la buat ct scan tu..die buat dari dada ke pinggang je..yg aku menyirap  suruh puasa, kata nak buat bendalah tu pukul 9 pagi..sudahnya sampai pukul 12 tghri baru buat..ct scan ni mcm MRI jugak cuma MRI lagi besar terowong die..ni mcm gelung je..takut jugak weiii..berdebor je, dah la sorang2 dlm tu, kena dgr arahan je dari bilik sebelah..tarik nafas, tahannn,,bernafas seperti biasa,, benda tu je die ulang2..katil tu berjalan la masuk gegelung tu..

haa ni contoh..tq google..tgn mmg kena naikkan cmtu tau sepanjang rawatan
lepas dah main2 tarik nafas tu, die akan masukkan obat ikut tangan nih..masa masuk obat ni rasa sakit sikit la..pastu sejuk je sampai pundi kencing..rasa mcm nak terkencing..aku x tau la rasa mcm mana kalau buat full body atau part2 lain..masa aku ni mmg rasa nak terkencing..lepas tu die biarkan 10 minit..bilik tu dah la sejuk menggila..tgn pulak ke atas, x boleh gerak2 yer, die x bagi..kena statik je gitu..lepas 10 minit masuk obat die suruh main tarik2 nafas lagi..pastu selesai..dlm 20 minit gitu la keseluruhan rawatan..phew!tunggu result pon berdebor..dah ptg baru doc dtg bagi tau result mmg ada batu karang kecik berukukuran 4mm kat salur kencing..tersangkut kat situ..so doc cakap esok tu kena buat operation..what???ehh x de bagi masa fikir2 ke?hahahaha,,gila lah..sume on the spot..aku mcm x blh terima kenyataan..padahal bukan major operation pon, minor je..cuma nak masuk skop kamera tu untuk tgk batu tu kat mana then cuba utk tarik keluar..ikut bawah tau!aku siap tanya doc bius x?doc jawab mesti bius kalau x ada yg kena terajang..haaa tau xpe..so berdebor lagi malam tu x dpt tido..takuttt walaupun minor operation..nama pon operation kan..puasa lagi, kata nak buat pukul 2 ptg..sampai pkl 2 doc dtg kata pukul 4 pulak..adehhh, dah pukul 4 dtg kata pukul 5 pulak..hoihhhhh baik aku puasa ganti terus!sudahnya nak dekat pukul 6 ptg baru masuk OT, bius separuh n ubat tido..mmg aku x sedar apa2..tau dah sudah je dalam sejam lebih..sampai wad doc dtg kata x jumpa batu..dah pulakkkkk,, sama ada naik ke atas lagi atau dah keluar..sbb malam sebelum tu en suami dah belikan aku tembikai sebiji suruh habiskan tp aku x lalu,,habis suku je..pagi tu mcm sakit kat ari2 bawah ni tp x perasan pulak kalau ada batu keluar..aku harap2 mmg dah keluar la..tp die pasang jugak tiub untuk 2 minggu supaya salur tu besar, kalau ada lagi batu die senang jatuh..salur kencing ni mmg kecik yer, doc cakap kenapa die kecik kena tanya salur tu sendiri..bahahahaha,,pang kang!

setel operation..prosedur biasa kena monitor oksigen n tekanan darah dalam masa 6 jam selepas operation..bius aku pon 6 jam jugak x rasa apa2..kebas je..pakai salur kencing semua,,ahhhh, rimas!
dah tgh malam tu baru rasa sikit2 kaki nih..esok pagi tu baru rasa sepenuhnya..doc dtg dlm tghri die kata blh discharge..alhamdulillah...nurse dtg cabut salur kencing, mula2 tu kalau nak buang air kecik tu rasa la ngilu2, tp sekarang ni x rasa apa2, mcm xde pape, isnin minggu depan baru bukak tiub dalam nih, kena admit jugak tp day care la..die bius habis utk buat tu, lepas tu dlm ptg dah blh balik rumah..berdebor lagiiiii, harap2 batu tu mmg betul2 dah xde..risau jugak ni, tapi ni xde rasa sakit2 mcm hari tu..moga2 dipermudahkan la..mmg aku berehat sesaje la..doc bagi mc lama..minggu ni hari selasa hari tu baru aku naik kerja..syokkk ler..

nahhh 15 hari..ni lepas bukak tiub bagi ler lagi mc doc..hehe
ok lah,,tu je nak cerita..sorry ler pjg pulak berleter..masuk tahun baru ni semoga diberikan kesihatan yang baik buat kami sekeluarga..aminnn

No comments: