Tuesday, September 2, 2014

Jibby & Co

salam semua..
salam merdeka!heheh, agak lama menyepi sbb nya bos xde so aku bz buat benda2 yg aku x blh buat masa bos ada..hahah,,boleh gitu?tah apa la benda2 tu kan..cerita byk sebenarnya tp bila dah lambat nak up aku jadik malas lagipon gambar2 sekarang ni teramat la kurang disebabkan sebok dok megang anak..x sempat nak keluarkan hp utk snap2..cerita tanpa gambar adalah boring kan?

untuk hari ni aku update la cerita weekend hari tu..en suami aku tersangatlah bz orgnya so mmg susah nak keluar, siap aku paksa die jangan pergi kawad!ngeh2..aku lagi lama booking die sedap2 nak pergi kawad, mana tak hangin..sabtu tu dah la x dapat, die ada hal..isnin pon die kena kerja sbb ada function hari ni..so mmg ahad je free..aku mmg ada barang nak beli kat shah alam, pastu mmg dah lama nak makan kat si Jibby ni..daripada bulan puasa lagi!plannya nak belanja bday en suami la kat sini, tp memandangkan bulan puasa dan susah nak ke sana makanya cancel! pastu plan masa raya nak pergi sbb cuti lama kan, x kesampaian jugak!sudahnya ahad hari tu baru sampai..xpela, janji dapat kan..mengalahkan org mengidam..lps pergi shah alam membeli belah terus ke Empire Subang sana..x jauh pon, dekat je dari shah alam..dalam 15 minit dah sampai..

sampai2 tu dah lambat dalam pkl 4 ptg cmtu, sebelum tu tghri dah isi perut kat shah alam dulu masa bagi Fayedh makan tghri..kononnya x nak pegi tghri sangat la kat sini takut ramai..tp pkl 4 pon ramai ko..kena q jugak..aku siap ronda2 dalam empire dulu nak bagi Fayedh tido sbb xnak gangguan masa makan!hahaha,,sudahnya budak kecik tu x tido2..siap berlari2 dalam mall tu main belon..saba jela mak kau ni nak!dah, x kuasa nak tunggu lagi,  pegi jela sbb dah berkeroncong!

sorry menu lupa nak snap..ni nampak la sikit2 kan..tp bfast punye
restaurant ni berada di luar mall ye..

interior-ada 2 tingkat..tp kalau bawak budak2 lebih prefer duduk bawah je..eh ada pulak en suami kat tepi tu..dah mengantuk menunggu makanan.haha
nak round sampai ke belakang malas
banyak benda2 antik dalam ni

ni la budak yg x duduk diam...bagi biskut diam la kejap pastu meroyan nak turun dari kerusi tu..sebenarnya dah mengantuk!
haa layan la abc
manja mama!kawan gaduh mama!
lepas dah habis biskut mengamuk2 nak turun..bagi susu dalam stroller dah stim2,,susu habis die bantai mengeliat2 nak turun stroller pulak..hadoiii aii nak!bapak die bawak keluar main2 kejap pastu dodoi terus lelap..bawak masuk balik letak dlm stroller..ok Fayedh dah tido, jom layan makanan!hehehe
ni air kite, lyche mint watermelon,,mmg refreshing!harga rm15, air en suami lupa nak snap..die pekena teh tarik, harga rm7

must try menu gitu..soft shell crab burger..aku pon x penah terfikir ketam dibuat burger..tp mmg sedap!mula2 ingatkan kentang kat tepi tu, tp keledek..mmg ngam!harga rm32
ni en suami punye..seafood aglio olio..rasa sedap dan cukup rasa..seafood pon byk..harga rm32
byk lagi menu2 lain blh cuba mcm pizza, steak sume ada..harga bagi aku standard la KL kan..janji berbaloi harga dgn rasa..mmg akan datang lagi next time..

ok, lepas makan terus balik seremban, masuk kereta je Fayedh bangun..bergusti la dalam kereta dgn mama..hehehe