Wednesday, January 8, 2014

Vaksin Pneumococcal

salam..hari ni nk share info..
apa tu vaksin pneumococcal?vaksin ni merupakan vaksin tambahan ye,,mmg kerajaan x bekalkan dalam erti kata lain ko x blh dapat free kat klinik kesihatan utk imunisasi anak..so optional la kena amik di private..
 
penting ke vaksin ni?bergantung pada parents masing2..mcm aku sendiri, dulu mmg rasa mcm xnak ambik sbb x ambik tau langsung ape benda vaksin nih..ada jgk kawan syorkan ambik,,bila Tanya nurse kat kk biasalah jawapan mereka,, "x yah ambik pon xpe"..sampai lah ada 1 hari tu kawan di fb share sesuatu berkenaan budak tu meninggal disebabkan penyakit pneumonia (jangkitan paru-paru) ni..blh refer SINI..terus rasa dah bertukar fikiran..
 
Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan penyakit pneumonia. Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.

Pencegahan Awal
Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.

Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.

Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit

Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.

♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.
♦ Batuk pneumoniaBunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.

5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.
 
Sumber : web Pa&Ma
 
so bila dah study2 benda ni,,aku bincang dgn husband..die kata ok kalau nak amik,x de masalah..legaaa..kat seremban ni rasanya semua klinik pakar kanak2 ada kot..yang aku ada survey Klinik Sayangku -RM210 per dos.. Klinik Dhillon-RM280 per dos..x masuk consultation kot..harga mmg berbeza2,,mgkin jenama vaksin berlainan kot..bila bincang2 balik aku rasa malas nk pegi klinik, better pegi hospital je kot..try Tanya KPJ-RM240 per dos,x masuk consultation..so terus buat keputusan pegi KPJ je senang..melalui pemahaman aku, vaksin ni boleh diambil seawall anak berusia 2 bulan hingga 5 tahun. 4 dos kesemuanya, 3 dos sebelum anak berumur setahun dan 1 dos lagi selepas setahun. byk info korang blh search kat google ye..nk tambah ilmu kena rajin!
 
Payed dapat dos pertama pon dah 5 bulan..xpela, janji dapat awal kan..smlm kami pegi la ke KPJ buat appointment dgn Dr. Syed..kat sini bukan nk ckp apa,bukan nak kondem mana2 pihak..tp totally different la bila mendapat rawatan di kk dan private ni..mgkin sume ada pengalaman kan,,x payah la nak cerita byk2.kalau kat KPJ semalam, dr siap tunjuk kat kitorang ni ubatnye, nama bla3, siap tunjuk tarikh luput utk menandakan ubat die tu valid lagi la,,hehe..cuma vaksin pneumococcal ni kenapa la x dibekalkan oleh gomen..penting tau..mgkin jugak kos yang terlalu tinggi nk cover 1 Malaysia Sabah & Sarawak..gomen pon dah byk melabur dlm kesihatan ni..hope 1 hari nnti vaksin ni akan dibekalkan kepada rakyat jelata.. ;)
 
ok,,berbalik pada vaksin ni td, bak kata doctor Syed, bukan kita amik vaksin ni cnfrm x kena penyakit tu..nauzubillah..ni semua ikhtiar kite sebagai manusia..aku lama jugak fikir benda nih..bukan terus2an nk pegi amik..byk benda aku study..kite hanya merancang, selebihnya semua Tuhan punya kuasa kan..so,tawakal dan redha je..at least penyesalan tu xde la kalau jadi apa2..nauzubillah, mintak dijauhkan..seriously aku mmg x blh baca blog Erina tu..mesti menangis :'( x tipu!! tp sbb nk info terpaksa jugak baca..tabah nye dia..
 
doc kata untuk dos pertama ni mmg akan demam..tp sekejap, by tomorrow dah ok biasanya..tp Payed x demam malam..demam pukul 4 pagi td..risau,,mmg risau.. Payed x penah demam lagi sbb inject di kk tiap2 bulan tu mmg nurse kata balik je terus bagi ubat demam..so, mmg die x demam la..tp yg smlm ni doc kata x yah bagi ubat..kalau demam tampal cool fever je di kepada dan belakang badan.. pastu lap2 badan die..smpai pagi td pon still panas jugak (37.6)..nak x nak hari ni kena jugak masuk ofis,,berat je hati ni nk tinggalkan die kat rumah pengasuh..Alhamdulillah pukul 10 pagi td call pengasuh tu die ckp suhu dah ok (36.4)..tghri td pon ok, maintain..tp tetap kena monitor selalu..risaunye la bila jadi mak2 ni kan..baru la tau sayang anak tu mcm mana..dos kedua dan ketiga biasanya x demam dah..hopefully..
 
so, tepuk dada tanya selera..hehe, apa pon kemungkinan yang terjadi, kite sebagai manusia kena usaha ikhtiar dan berdoa semoga anak kita sentiasa dilindungi dan dijauhkan daripada bahaya dan mudarat..amin

ni muke bahagia si Payed..hehe,,masa cucuk je nangis terkejut..pastu leka balik tgk mainan doc bagi..hehe,,mama doakan awak sentiasa dilindungi, sihat tubuh badan, dijauhkan daripada bahaya dan mudarat.moga menjadi anak yang soleh, taat pada Allah, Rasulullah, papa dan mama.. love u :)
anak ni anugerah dan tanggungjawab kite utk besarkan die, memberi yang terbaik pada die..harap info dan pengalaman ni sedikit sebanyak dapat membantu mommy2 membuat pilihan bijak..jumpa lagi :)


14 comments:

Cik JuE said...

so buat kat kpj berapa total.. mmg tgh survey coz amk baru kena pneumonia aritu..da tanya dr.bee 270..dhillon 280..

Ili Syazwani said...

masa dos pertama dapat murah..dos 2 n dos 3 hari tu total rm330/dos + consultation sekali..

Anonymous said...

Salam, google pasal vaksin ni dan trjumpa blog ni. Trimakasih atas penerangan, insyaallah keluarga akan berangkat ke luar negara, so doktor sarankan ambil vaksin ni sbb kita tak tau negara yg kita nak lawat tu mungkin terdedah dgn virus ini. Ada call klinik di wangsa maju dan 1 jap dia caj rm150.

areena said...

Assalam.....mmg good info. Nak tanye klinik yg kt wangsa maju tu klinik apa ye? Sbb pnah tanye klinik kita wangsa maju, diorg x ada bt. Klu kt kpj n pantai mahal betul. Tgah survey nih coz bln 6 ni baby kena jap tuk pneumococcal.

areena said...

Assalam.....good info. Blh saya tau klinik kat wangsa maju tu apa namanya ye? Sbb hari tu ada tanye kt klinik kita wangsa maju tp diorg x buat. Ni tgah survey coz bln 6 ni baby nak kena jap pneumococcal vaccine. Klu kat kpj n pantai mmg mahal sgt.

Ili Syazwani said...

areena-rasanya klinik wangsa dr.nadir kot..cuba search..byk review di blog ;)

Ili Syazwani said...

areena-rasanya klinik wangsa dr.nadir kot..cuba search..byk review di blog ;)

ikynn ikynnrahim said...

Td jap anak kat klinik pakar knk2 shanaliza. Jenis synflorix. Dlm rm250. Harga berbeza mungkin ikut jenis vaksin. Ada yg cover 7, 10 @ 13 jenis strains. Yg ni cover 10...

ikynn ikynnrahim said...

Td bw anak 4m ke klinik pakar knk2 shanaliza di seksyen 5 wmaju. Dia bg vaksin synflorix.. yg ni cover 10 strains. Dlm rm250. Harga lain2 mungkin sbb ikut berapa byak strain kot.... ada yg cover 7, 10 dan 13. Anak yg sulung dulu selalu bmlm di wad sbb bronkitis n viral fever. Bila dah ambik alhamdulillah semakin berkurang jangkitan. Kot kena pun kejap je...

ayu raman said...

Marah ke murah yang penting vaksin dalam keadaan POTEN

Sandra Den said...

Klinik kpj area Petaling jaya kat mane ye. .ppum ada tak bagi suntikan vaksin pneumokokus?

Anonymous said...

Anak2 dh umur 5&6 tahun... Masih boleh ambil 1st dos..?

Ili Syazwani said...

sandra den-saya x pasti puan,,blh call dan tanya sbb saya duduk area seremban

Ili Syazwani said...

biasanya 1st dose setahun ke bawah kalau x silap..blh call hospital dan tanya lebih lanjut ye..tq :)