Wednesday, January 29, 2014

Solid Food

salam..
okay, hari ni nak share pasal anak..isnin haritu genap payed 6 bulan..bila dah 6 bulan apa lagi,blh mamam la kan..hehe,,suke!mama yg over excited..mmg x sabar sgt nak tunggu 6 bulan nih walaupun byk yg cakap kenapa lambat bagi makan la,,selalu 4 bulan dah blh bagi makan la,,ehh,,ni anak aku,aku punye suke la nak bagi makan bila..mmg seeloknya tunggu 6 bulan ye baru blh bagi makan untuk penjagaan usus si manja anda..gitewwwww! ;p
so aku mmg dah byk pergi segala taklimat berkenaan baby ni masa pregnant..kebetulan masa tu byk sgt kursus n taklimat2 penjagaan anak ni..ofis aku pon apalagi mmg hantar aku je..elok jugak cukup kursus 7 hari tu tahun lps sebelum aku bersalin..so mmg byk input dari situ la aku dapat..dpd dengar cakap org,baik dengar cakap pakar kan..aku x nafikan ada cakap2 org tua tu berguna..bukan sikit tp banyak..tp org dulu2 mmg bagi anak makan awal,keluar2 je dari perut pon dah bagi kanji la apa la..tp aku kalau blh nak elakkan la..mmg la ada yg cakap x mati pon mak2 kau dulu bagi kanji..iye,,tau tu tp ehhh suke aku la nak bagi bila kan..stresss mak tau byk sangat bijak pandai ni..huhu..kang kalau aku cakap dah bagi makan kfc kang pengsan pulak org2 tu..heheh
jadinya, aku buat preparation awal..aku study mcm2 dan ambik keputusan nak ikut 4 days wait rule tu..amende tu?cmni, kite guna 4 hari utk 1 jenis makanan tu contoh ko bagi puree kan..buat 1 jenis buah dulu mcm epal dalam masa 4 hari..die suke ke x ke xpe..mmg hari pertama ikut pengalaman aku payed makan sikit je..2-3 sudu je..ni intro,bagi die kenal makanan pejal baru die..so xpe,,jangan paksa kalau die xnak..utk semalam hari kedua byk sikit payed makan..mgkin dah kenal dan mula suke..xpe, ikutkan je byk mana die nak makan..hari ni aku bagi lagi epal smpai die bosan..hehe,,xde la..hari ke 5 nnti try bagi buah lain pulak..aku nk try buah pear lepas tu pisang..tgk buah mana yg die suka..next blh campor dua buah yg die suke contoh die suke epal dgn pear,try campor dua buah tu buat puree..atau blh jugak bagi bubur blend campor dgn buah..ada org buat bubur kosong saja tp blh jugak campor buah sikit bagi manis2 buah..masuk bulan ketujuh nnti baru nak try bagi jenis sayuran pulak..contoh kentang atau lobak..kena satu2 ye, x blh campor semua sekali masa pengenalan ni..dah masuk 8 bulan nnti baru aku bagi ayam dan ikan..secara x langsung nya blh jugak detect makanan apa yg die alah kalau naik merah2 atau cirit birit..senang kan..kalau blur2 lagi tgk bawah ni..

haaa,,ni contoh ye..





 ni info tambahan..aku rujuk ni jugak..

buat puree pon senang je,x susah..nak kena bagi resipi ke ek??haha,ok la aku cerita ringkas je..kupas kulit buah, basuh bersih dan potong kecik2..pastu steam kan dalam 10-15 minit, rebus pon blh tp pastikan air x byk dan air rebusan tu jugak digunakan masa blend nnti..bila buah dah betul2 empuk blh la diblend..air jgn byk sangat, biar pekat2 sikit..mcm aku buat buah sikit so air kena lebih, jadi cair la, xsedap..hari ni nk potong 2 biji buah biar pekat..tgk payed suke ke x..

ni hadiah payed..hehe,,sudu squirt tu mmg mudah tau,,sumbat puree dalam tu picit je terus suap..zaman dah maju.. ;)
ni ada aku share video masa buat puree hari pertama..kemain kan..sekarang semua pon maju,,video pendek pon blh buat tutorial masak2..kelassss!

video
haaa mudah kan..so xde alasan mak2 sume mls buat puree anak..untuk aku, xde cerelac2 ke nestum ke..mmg dah pangkah awal2..sbb yg cerelac tu ada cakap manis..awal2 ni mmg aku x bagi la..biar la org nak cakap apa pon..tu anak saya..suke saya lah..hehee..tp bergantung pada parents masing2 nak buat pilihan mana..pilihan di tangan makkk2..kahkahkah..ok lah,,nnti kite share cerita lain ye..

Thursday, January 23, 2014

Konvokesyen Ke-41 UKM

salam..
lama x update kan..menyepi pule..ehehe..ok,hari ni nak update cerita pekasam..thn lepas punye..lagi peram lagi sedap kan..ni cerita en suami punye konvokesyen oktober yg lalu kat UKM..payed baru 3 bulan masa tu..habis jugak study en suami..jeles aku yg x habis2 lagi ni..sabar2..sebenarnye tggu gambar dari photographer x sampai2..semalam baru sampai,so hari ni terus update..ada lagi gambar sebenarnya yg en suami x ambik lagi kat kedai gambar,,gambar yg atas pentas..tah bila nk pegi pon x tau ler kat shah alam nun..en suami punye sesi petang..x best ok,,sbb kelam kabut kalau petang nih..kalau pagi mgkin lagi best..dah la aku ada kelas time tu, harus ponteng ye..nasib lecturer ok..so kami gerak 2 kereta je sbb adik beradik en suami yang lain x dapat turut serta..adik bongsu die je pegi dgn mak ayah..xpela kan..sampai2 je mmg plan nak g amik gambar studio dulu,kalut jugak time tu sbb x study betul2 kat mana diam nye tempat ambik gambar..sampai punyela awal,,berpusing2 kat karnival tu x jmpa..brochure yg ada no telefon tertinggal pulak kat rumah,,mmg hazab..dah la panas,kesian anak mak!xde jalan lain call mak aku kat rumah suruh carik brochure tu utk dptkan no telefon..bila call rupanya bukan kat area karnival tu..kat tmpt lain rupanya,,tp still dalam UKM tu la cumanya paking dah la jauh, kereta byk,,masa dah suntuk..terpaksa jugak amik kereta sbb kalau nk berjalan kaki ke tempat tu mmg patah tulang peha..keluar balik amik kereta pegi tempat tu,,nasib org tu memahami dan bagi kitorang parking sampai atas dan x yah q sbb sidang petang nak mula dah..terus amik gambar..berpeluh2 okay!sabar jela..


alahaii manjaku tu..terlentok pulok..die tgh tido tu masa tggu en suami isi form dan buat bayaran..sekali bila sampai masa terpaksa angkat je terus dukung..itu yg hasilnye mcm tu sekali..hehehe,,xpela..sok adik besar adik tgk la rupa adik yg comel tu..kihkihkih


papa baru keluar dewan..
oh ya,,aku x masuk dewan pon sbb 2 org je kan..so biar la mak n ayah mertua yg masuk..en suami pernah cakap yg degree ni mmg utk mak n ayah die..master baru utk isteri tercinta..cececece...insyllh..en suami mmg kuat belajar tau,,niat die mmg nak sampai PHD cuma sekarang ni kekangan kewangan sikit la kalau nk sambung terus..makan masa sikit ye..xpela, janji semangat tu ada..semangat aku je xde,,x sabar naa nak abiskan degree ni pastu mcm x kuasa nak sambung2 dah..cukup lah kot..kalau keinginan tu datang pon mgkin lambat lagi..haha,,tgk la nanti cmne..
masa ni hujan..x dapat nk g amik gambar outdoor lambung2 topi..sighh

:)

papa baru lepas tukar bekalan saya..hehe

hehe,,bukan main cover muka aku tgk..
family portrait ;)
ok la,,nanti kita sambung cerita lain ye..ada lagi cerita yg x berapa nak basi sgt..tggu ye..

Wednesday, January 8, 2014

Vaksin Pneumococcal

salam..hari ni nk share info..
apa tu vaksin pneumococcal?vaksin ni merupakan vaksin tambahan ye,,mmg kerajaan x bekalkan dalam erti kata lain ko x blh dapat free kat klinik kesihatan utk imunisasi anak..so optional la kena amik di private..
 
penting ke vaksin ni?bergantung pada parents masing2..mcm aku sendiri, dulu mmg rasa mcm xnak ambik sbb x ambik tau langsung ape benda vaksin nih..ada jgk kawan syorkan ambik,,bila Tanya nurse kat kk biasalah jawapan mereka,, "x yah ambik pon xpe"..sampai lah ada 1 hari tu kawan di fb share sesuatu berkenaan budak tu meninggal disebabkan penyakit pneumonia (jangkitan paru-paru) ni..blh refer SINI..terus rasa dah bertukar fikiran..
 
Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan penyakit pneumonia. Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.

Pencegahan Awal
Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.

Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.

Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit

Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.

♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.
♦ Batuk pneumoniaBunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.

5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.
 
Sumber : web Pa&Ma
 
so bila dah study2 benda ni,,aku bincang dgn husband..die kata ok kalau nak amik,x de masalah..legaaa..kat seremban ni rasanya semua klinik pakar kanak2 ada kot..yang aku ada survey Klinik Sayangku -RM210 per dos.. Klinik Dhillon-RM280 per dos..x masuk consultation kot..harga mmg berbeza2,,mgkin jenama vaksin berlainan kot..bila bincang2 balik aku rasa malas nk pegi klinik, better pegi hospital je kot..try Tanya KPJ-RM240 per dos,x masuk consultation..so terus buat keputusan pegi KPJ je senang..melalui pemahaman aku, vaksin ni boleh diambil seawall anak berusia 2 bulan hingga 5 tahun. 4 dos kesemuanya, 3 dos sebelum anak berumur setahun dan 1 dos lagi selepas setahun. byk info korang blh search kat google ye..nk tambah ilmu kena rajin!
 
Payed dapat dos pertama pon dah 5 bulan..xpela, janji dapat awal kan..smlm kami pegi la ke KPJ buat appointment dgn Dr. Syed..kat sini bukan nk ckp apa,bukan nak kondem mana2 pihak..tp totally different la bila mendapat rawatan di kk dan private ni..mgkin sume ada pengalaman kan,,x payah la nak cerita byk2.kalau kat KPJ semalam, dr siap tunjuk kat kitorang ni ubatnye, nama bla3, siap tunjuk tarikh luput utk menandakan ubat die tu valid lagi la,,hehe..cuma vaksin pneumococcal ni kenapa la x dibekalkan oleh gomen..penting tau..mgkin jugak kos yang terlalu tinggi nk cover 1 Malaysia Sabah & Sarawak..gomen pon dah byk melabur dlm kesihatan ni..hope 1 hari nnti vaksin ni akan dibekalkan kepada rakyat jelata.. ;)
 
ok,,berbalik pada vaksin ni td, bak kata doctor Syed, bukan kita amik vaksin ni cnfrm x kena penyakit tu..nauzubillah..ni semua ikhtiar kite sebagai manusia..aku lama jugak fikir benda nih..bukan terus2an nk pegi amik..byk benda aku study..kite hanya merancang, selebihnya semua Tuhan punya kuasa kan..so,tawakal dan redha je..at least penyesalan tu xde la kalau jadi apa2..nauzubillah, mintak dijauhkan..seriously aku mmg x blh baca blog Erina tu..mesti menangis :'( x tipu!! tp sbb nk info terpaksa jugak baca..tabah nye dia..
 
doc kata untuk dos pertama ni mmg akan demam..tp sekejap, by tomorrow dah ok biasanya..tp Payed x demam malam..demam pukul 4 pagi td..risau,,mmg risau.. Payed x penah demam lagi sbb inject di kk tiap2 bulan tu mmg nurse kata balik je terus bagi ubat demam..so, mmg die x demam la..tp yg smlm ni doc kata x yah bagi ubat..kalau demam tampal cool fever je di kepada dan belakang badan.. pastu lap2 badan die..smpai pagi td pon still panas jugak (37.6)..nak x nak hari ni kena jugak masuk ofis,,berat je hati ni nk tinggalkan die kat rumah pengasuh..Alhamdulillah pukul 10 pagi td call pengasuh tu die ckp suhu dah ok (36.4)..tghri td pon ok, maintain..tp tetap kena monitor selalu..risaunye la bila jadi mak2 ni kan..baru la tau sayang anak tu mcm mana..dos kedua dan ketiga biasanya x demam dah..hopefully..
 
so, tepuk dada tanya selera..hehe, apa pon kemungkinan yang terjadi, kite sebagai manusia kena usaha ikhtiar dan berdoa semoga anak kita sentiasa dilindungi dan dijauhkan daripada bahaya dan mudarat..amin

ni muke bahagia si Payed..hehe,,masa cucuk je nangis terkejut..pastu leka balik tgk mainan doc bagi..hehe,,mama doakan awak sentiasa dilindungi, sihat tubuh badan, dijauhkan daripada bahaya dan mudarat.moga menjadi anak yang soleh, taat pada Allah, Rasulullah, papa dan mama.. love u :)
anak ni anugerah dan tanggungjawab kite utk besarkan die, memberi yang terbaik pada die..harap info dan pengalaman ni sedikit sebanyak dapat membantu mommy2 membuat pilihan bijak..jumpa lagi :)


Thursday, January 2, 2014

Tahun Baru 2014

salam..
selamat tahun baru!so,,2013 mmg banyak kenangan pahit manis yang kami lalui..terlalu byk..kenangan paling x blh lupa adalah dikurniakan seorang anak lelaki Umayr Fayedh..


be a good boy ye sayang..jadi anak soleh..apa pon yg jadi mama dgn papa sentiasa ada untuk mempertahankan awak..
tahun 2013 jugak en suami konvo..die berjaya menamatkan pengajiannya di UKM..syukur Alhamdulillah..rezeki kami Alhamdulillah masih mencukupi..tu semua dari Allah..apa jadi pon xkan sesekali menjejaskan kami..org x suke ke, kata itu ini ke, tu semua penguat bagi kami lagi untuk berjaya..pedulikan kata2 org sbb bukan mereka yg memberi rezeki pada kami..org mmg xkan puas dgn kelebihan yg kite ada kan..maksud aku "org2" yg mcm tu lah..baik org2 sekeliling mahupun ahli keluarga,,tapi,,ada aku kesah??ckp la kau smpai berbuih2 mulut,,ko tetap cmtu jugak,x berubah jadik kaya raya pon,mengata aku xde dapat emas intan berlian pon..betul x??hehehe
 
untuk tahun 2014 ni, aku nak jadi pendidik yg baik pada anak, nak bagi kasih sayang yang x berbelah bagi, nak beri yang terbaik untuk anak dalam segala hal, jadik isteri solehahhhh, belajar terima kenyataan, lebih tabah dan kuat, buang perasaan negative, belajar rajin2 (heheh), dan akhir sekali nak jadi supermommy yg berjaya (jadi ibu, isteri, pekerja dan pelajar yg berdedikasi dan sentiasa kuat tempuh cabaran yang mendatang!)kelas kauu..
 
ok lah,,tu je dulu utk update kali ni yer..lain kali kite cerita lain okay??