Tuesday, March 19, 2013

Meluah atau Meluat??

org miskin dan x pandai mcm aku ni x layak agaknya nak dapat kerja bagus, pakai kereta, pergi vacation, beli itu, beli ini..fineeee!ko je yg layak sbb ko kaya raya dan bijak bestari!!

Monday, March 18, 2013

Gender

salam kawan-kawan..hehe,,so hari ni saja nak bercerita ttg gender bakal baby yg akan dilahirkan nnti..cehhhh2 ;)
ok la, masa 4 bulan hari tu aku dah scan tp baby menonggeng..so x tau la kalau doc nmpk die x bagi tau kan..tp aku pasti x nmpk..so aku menunggu scan akan datang iaitu minggu depan nih..nak jugak tnya doc tu pasal jantina, walaupun en suami x nak..tp naluri ibu ni melonjak nak tau kan dengan alasan sng nk beli barang nnti..boleh?heheh,,ampunnn,mmg la kalau seelok2nya x yah tau..x ke tu rahsia Allah..scan 4d pon mungkin aku x buat atas bantahan en suami..baik lah!tp jantina ni pelisssss la nak sgt tau ye abamm.. ;)
ni aku ada terbaca tanda2 kalau mengandungkan anak lelaki atau perempuan..jom kita tgk..
 
kalau bayi lelaki
• anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung. (aku mengalaminya ye,,dan sgt teruk masa 2-3 bulan pertama)
• degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit (ni x tau la cmne nak kira,heheh)
• anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh (aku rasa berat kat bawah)
• perut anda kelihatan bulat sempurna (mmg bulat)
• bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap (hmmm ada kot ;) )
• bentuk perut condong ke arah bawah (x pasti)
• sukakan makanan yang masam dan masin (masam tu ada la sikit tp masin tu mmg x)
• suka makan daging dan keju (daging suka jugak, keju kurang)
• tapak kaki selalu berasa sejuk ( x penah pon sejuk)
• tangan selalu kekeringan (tgn aku ni selalu berpeluh je)
• suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur (utara mana eh?hahah)
• bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya. (en suami biasa je)
• anda kelihatan lebih berseri semasa hamil (x pasti..haha,rasanya biasa je)
• hidung tampak lebih mekar (xde pulak)
• selalu sakit kepala (kadang-kadang)
 
kalau bayi perempuan
• mengalami morning sickness di awal kehamilan (adaaa sangat)
• merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung (pasti!)
• payudara kiri lebih besar berbanding kanan (blm sempat pulak nak ukur..hahah)
• rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya (xde pulak)
• bentuk perut condong ke arah atas (ni pon x pasti)
• perut tampak agak lonjong (mcm bulat je)
• mengidam makanan yang manis (adaaaa,,tp dalam kondisi mengawal lagi)
• sukakan buah-buahan (suka jugak la..especially mangga)
• suka minum air atau jus yang bersifat masam (tepat sekali,,kdg2 makan nasik minum air oren sunquick tu sesaja xde gula)
• anda lebih cerewet semasa hamil (sgt nye)
• mudah moody berbanding sebelumnya (sgt nye jugak!)
• kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil (ni xde pulak,sama je)
• tidak suka makan roti bersama kulitnya (ni osah mcm anak rajo..aku bedal je)
• payudara kelihatan mengembang (sikit la)
• suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur (selatan ni mana pulak?dulu aku mmg suka mengiring ke kiri, tp sekarang dah x blh,,malam2 mcm baby kat kiri,so aku kena mengiring ke kanan)
 
so cmne?mcm lebih ke perempuan kan?sekali kalau kuar lelaki, maknanya tanda2 ni x blh pakai..muahahahaha,,apa2 pon ni kejadian Tuhan, n aku laki bini pon x kesah pasal jantina..kalau laki pon ok, ppuan pon ok..janji baby sihat dan sempurna..aminnnn..
 
ok lah,,nnti kita share lagi cerita lain..
sekian
 

Tuesday, March 5, 2013

Gejala Mengidam

salam kawan-kawan..
hari ni terlampau bosan x tau nak buat apa..bila x tau nak buat apa, hobi ibu mengandung adalah membayangkan makanan yg best2..hahaha..setakat ni nak kata gejala mengidam tu menggila x de la sangat..x kerap la gitu..kadang2 je..tp sesekali tu yg bahaya jugak kan..heheh..yg over nye nenek baby,mak aku yg mcm2 nak makan..yong tau foo la,char kuey teow la..aku masa awal2 preggy dulu mana nak ada selera sgt kan..so layan kan mak aje..lps tu baru la teringin nak makan rendang landak..ni sume en suami punye salah..aku ni mana penah makan benda pelik2 selain ayam..ayam pon yg dalaman2 tu x reti makan sgt..tp masa raya thn lepas ada biras aku bawak rendang landak, en suami paksa suruh rasa..die kata sedap..aku pon rasa sepotong..hmm mmg sedapppp!!lemak2 manis gitu..hah,,bila dah termengidam time bukan musim landak mmg hazab jgk en suami nak carik...akirnye adik ipar aku jmpa ada org jual daging nye..so beli la..dapat merasa..bukan merasa lagi, mmg mengenyangkan sampai x lalu nak makan!hari tu pulak teringin sgt nak makan keropok lekor ganu..en suami berjaya kirim kat kawan die..syukur..heheh..

skrg ni pulak teringin apa???meh kita tgk..

pertama-tama nya..coconut shake..nak yg kat Klebang sana punye..hahah..bila la en suami preee nih..*pic ihsan google


keduanya, kuih denderam..setakat ni xde yg lebih sedap berbanding kat pasar tani shah alam punye..gasakkkkk! *pic ihsan google jugak
ketiganya..cendawan goreng..pon x de tandingan lagi berbanding kat pasar tani shah alam..haha,,sbb ada mcm2 perisa,hot n spicy, bbq dan mcm2 lagi.. ;) *ihsan google jugakk
so itu jelah setakat nih..kalau ada tambahan tu x tau la kan..ohh ye,,kebetulan driver bos aku kena bawak pegawai ke Johor sana..pastu pastu pastu,,ibu mengandung ni ligat jela pikir apa yg best kat sana kann..aku kirim kat die pisang salai je..tau x pisang salai tu cmne??

hah,,ni ha..*ihsan google

haaa,,very the tradisional kan anak aku..heheh..western2 ni xde la sgt berkeinginan..setakat makan2 cmtu je sbb dah x tau nak makan apa..so misi weekend ni adalah nak mendapatkan coconut shake,,kalau dilayan lah..sbb skrg ni mmg laki aku bz ulang alik hospital...tu nnti kite story lain yer..tata

sekian