Friday, September 7, 2012

Adam & Hawa

salam jumaat kawan-kawan..
sukenye la kan sbb jumaat..esok dan ahad aku penuh dengan aktiviti kawen2 dan assignment..sepupu aku nikah esok pagi dan terus langsung tengahari tu..
ok lah,sekarang ni fenomena drama Adam & Hawa pulak dah..adaptasi novel jugak..jadinye haruslah aku beli satu..novel ni dah agak lama jugak kot..tp malas nk pinjam2,aku beli je,,lebih afdal..sok2 dah tua blh baca balik..hehehe..

google je..
utk sinopsis,,sila baca! :

Ain Hawani berkerja sebagai guru gantian di sekolah tadika milik kakak Adam Mukhriz seorang pilot yang lagaknya seperti playboy...
Oleh kerana sakit hati dengan Adam Mukhriz tidak mengendahkannya, kekasih Adam  ingin menjerat lelaki itu.Namun tersalah perhitungan apabila Ain Hawani menjadi mangsa korban.
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Ain ditangkap khalwat bersama Adam

Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.

Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi.
*******
ok,hero die  sapa lagi kalau bukan abam Aaron Aziz tu,dan heroin Nadia Nissa..drama ni bersiaran di Astro Mustika HD..aku xde amik byond makanya yg HD tu x hadooo..jadi aku download je setiap episod cerita ni dan layan dgn en suami..pada pandangan mata aku, abam Aaron punye mutu lakonan mmg x dapat dinafikan yg die mmg hebat..dgn watak nakal dan gatal yg mengada2 die tu,,mmg jadi..utk heroin pulak aku rasa mcm blm cukup puas..masa die lakonkan watak dalam filem cun tu lebih menjadi kot..tp aku x tau la kot2 cite ni blm klimaks atau perwatakan yg diperlukan mmg cmtu ke kan..tp still ok la..en suami kata ok je,lawa jugak tgk lelama..mmg muka melayu asli giteww..cettttt..cerita die mmg x lari jauh sangat daripada novel setakat episod yg ada ni lah..skrip pon sama je..
so, sama2 la kite layan episod ke episod drama ni..

**ja,nama Zahin sama la dengan nama hero novel ni..Adam Mukhriz!! ;)
 sekian

4 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

Adik ceroi pon bace novel.. Termasuk ini.

wAnNy said...

yeke..heheh,,best!;)

Cik Aja said...

Haha..tau xpe..moga2 dia bsr nnt kacak mcm abam aron laa..kihkihkih..
Weh umah ko pkai LCD tv kan?
Ko pgl je astro dtg tkr ke beyond..free je dol..hehe

wAnNy said...

moge2 la kan..hehehh,,yeke free?bukan sebulan rm20?aku ni x kuasa nk amik tau hal2 astro ni tau..selalu dgr org cakap je ;p