Monday, August 27, 2012

Suami Aku Ustaz??

salam kawan-kawan..
iye,aku tau hari ni hari isnin..
so sume nye kembali kepada normal..
hari ni x nak update pasal raya..later2 k..
sbbnye usb x bawak,memory card camera pon x bawak..dahh,baik lupakannn gambar2 itu..

seperti tajuk di atas..
SUAMI AKU USTAZ??
ngeh3,,mmg laki aku ustaz..so??
aku pon x ingt mana aku terpandang ada org update pasal novel ni..
secara tak langsung aku pon mcm berminat jugak la nk beli kan..
ada jugak mengusulkan kat en suami..die ok je.
so hari raya ke-4 kot,,aku ada pergi jusco sana bli tiket wayang..
terus teringat nk pegi Popular..sbb tu je yg dekat dgn tmpt wayang.. dasar pemalas kan lepas puasa
jadinya novel ni dalam genggaman aku..


hehehehe,,mcm sengal pon ade jugak bile berkali2 aku baca tajuk ni..
mcm menganjeng aku pulak..muahahaha..
2 hari je aku da katam kan novel ni..
novel ni agak tebal daripada novel yg selalu aku baca,,harga pon RM22.00..
yg biasa2 aku beli tu RM19.90 je..
so,review aku?? hehehhh
aku dok senyum2 je baca novel ni..
lepas tu dok bayangkan kalau ada buat drama,ustaz yg paling layak ialah si Johan Asari tu atau pun Fizz Fairuz..kahkahkah..smpai begitu okeh imaginasi..

sinopsis :
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?
ok lah,,berbalik kepada review aku utk novel ni
ok sesangat.. sapa kata ustaz x sweet??x romantik??
sweet okeh ustaz hafiz tu..alahaiiii...
mcm aku cakap td..aku dok senyum2 je baca novel ni.. ;))
selain daripada tu jgn nk membaca buta je..
byk info yg penulis tu bagi..utk alam rumah tangga pon mmg byk berguna..
lepas tu pasal sejarah kemuliaan Nabi dan para sahabatnya..bnda2 yg aku dah lupa dulu2 punye pelajaran masa sekolah pasal pahlawan2 Islam zaman dulu pon ada cerita..mmg best..
jarak umur mereka tidak menghalangkan ustaz tu membentuk Alisa menjadi isteri yg dibanggakan..
umur Alisa 17,ustaz tu pulak 28 x silap..tp die sabar je membentuk isteri nye tu yg masih kebudak2an..macam aku ;p

lagi sekali nak cakap ustaz amir tu sweettttttttttt sangattttt!!!ehhhhh,,ustaz hafiz!heheheh..
antara dialog2 yg best :

Hafiz: “Perempuan tak elok pakai jean.”
Alisa: “Selama ni selalu je Lisa pakai.”
Hafiz: “Lepas ni jangan pakai lagi. Sekalipun lelaki punya. Abang tak suka tengok. Kalau pakai yang perempuan punya, ketat. Kalau pakai yang lelaki punya, dah serupa lelaki. Lagipun Lisa, apa salahnya pakai pakaian yang suami suka.”
cehhhhhhh,,nasib ustaz aku bagi pakai jeans..ngeh3...
rasamacamnakbacalagisekali.. ;)

sekian

No comments: