Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

salam jumaat kawan-kawan..
ok,di hari yg mulia nih,aku nk amik kesempatan mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua..
sebelum tu kami sekeluarga memohon ampun dan maaf jika ada tersalah laku dan kata..
thn ni tahun ke-2 kami menyambut puasa sebagai suami dan isteri..feeling nye tetap seronok..
sbb nye tahun lepas masa tahun pertama tu aku berjauhan dgn en suami..
so x dpt full bersahur dan berbuka..sgt x syokkk..
thn ni alhamdulillah dapat jugak..walaupun en suami bakal bz berbuka di luar,tp dapat bersahur sama2 pon da kira ok.. ;)

meh nk share sikit antara kelebihan2 berpuasa di bulan Ramadhan ni..
  • Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d. yang maknanya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya”.
  • Hadis riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, daripada Ibn Umar, yang maknanya:“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak”.
  • Hadis riwayat al-Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat, yang maknanya: “Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk-Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang”.
  • Hadis riwayat al-Baihaqi di dalam al-Syu`ab daripada Abu Hurairah, yang maknanya: “Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa”.
  • Hadist riwayat al-Nasa`ie daripada Abi Sa`id, yang maknanya: “Siapa yang berpuasa sehari semata-mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun”.
  • Hadist riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al-Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa, yang maknanya: “Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.
  • Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang maknanya: “Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan”.
  • Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al-Sunan, yang maknanya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu”.

insyllh,,semoga kita sama2 dapat mengejar pahala dan amalan yang baik di bulan mulia nnti..
SELAMAT BERPUASA!!!! ;D

sekian

No comments: