Tuesday, April 10, 2012

Tips Mekap di Hari Bahagia Anda

salam selasa ;)
wahh,,ramainye kawan2 aku nk kawen  thn ni..klau dlm fb tu ada je event kawen2..jika ada masa dan tiada aral melintang,pastinya aku hadir ye.. ;)
arini nk share sikit beberapa tips dalam memilih mekap untuk bakal2 perantin berikutan ramai naa nk kawen kan..ni sume untuk anda yg nk berkahwin,aku ni mmg x la kan..dah lepas,,hehehe

Semasa hari bahagia, tentulah solekan wajah yang akan dilihat tetamu terlebih dahulu. Kalau dahulu semasa hari-hari biasa, kita hanya memakai bedak padat dan secalit gincu tetapi pada hari perkahwinan tentulah mahu melaram habis. Pada hari tersebut, si itik comot pun boleh bertukar menjadi angsa yang cantik!
Tips yang paling penting adalah memilih jurusolek perkahwinan yang serasi dan dapat membuatkan wajah ‘naik seri’ ketika hari yang paling penting dalam hidup. Mana tahu, si suami yang selama ini memang sudah jatuh hati pada kita, bertambah-tambah jatuh kasih dan sayang kepada kita.
Di sini, kami ingin berkongsi tips-tips yang bakal pengantin perlu beri perhatian semasa memilih jurusolek untuk hari bahagia anda!

1. Selidik Juru Solek

Menjelang hari perkahwinan, tentu bakal pengantin membuat banyak penyelidikan terhadap jenis hantaran, katering, pelamin serta 1001 perkara untuk majlis tersebut tetapi jangan lupa selidik juru solek anda. Dengan kemudahan blog dan facebook, terdapat banyak jurusolek yang memuat-naikkan hasil seni mereka untuk dilihat oleh pelanggan dan bakal pelanggan.
Lihat hasil kerja mereka dan komen-komen yang diberikan oleh pelanggannya. Jika anda puas hati dengan hasil seninya dan itulah solekan yang anda mahukan ketika hari bahagia anda, cepat-cepat bookmark blog tersebut atau like lamannya di facebook! Kadang kala kita perlukan bukti untuk menyakinkan anda bahawa juru solek yang anda pilih benar-benar menepati solekan hari perkahwinan anda.
Ingat! Seorang juru solek yang baik akan dapat menutup kekurangan wajah anda, menutup cela, menaikkan seri serta mengubah wajah anda bak puteri kayangan sesuai dengan status anda sebagai raja sehari.

2. Harga dan Bajet

Setelah berpuas hati dengan bukti hasil kerjanya, jangan lupa lihat pula harga khidmat juru solek tersebut. Terdapat perbezaan harga di antara juru solek yang beroperasi di bandar atau di luar bandar. Jangan pula, anda sudah berangan untuk jadi puteri kayangan, tetapi tidak mampu membayar harga yang diminta. Mahu haru jadinya.
Namun, perlu ingat! Hasil solekan yang baik sememangnya memerlukan sedikit kos dan tak salah rasanya anda melabur sedikit wang, asalkan mendapat hasil solekan yang terbaik! Lagipun majlis perkahwinan hanya sekali dalam seumur hidup.

3. Jarak

Perkara ini juga perlu diberi perhatian. Jika majlis perkahwinan anda di Kuala Pilah dan juru solek anda tinggal di Ampang, tentu sahaja sedikit sukar untuk dia datang. Fikirkan faktor jarak dan pilih juru solek yang tinggal tidak terlalu jauh dengan tempat berlangsungnya perkahwinan anda.
Jika tidak, ada sahaja juru solek yang tiba lewat. Suami sudah menunggu di luar rumah dengan kompang, anda pula masih tidak bersolek kerana juru solek anda sedang tersesat mencari jalan ke rumah anda!
Selain itu, ada juga juru solek yang menyolek bakal pengantin di kedainya sahaja kerana menerima tempahan menyolek beberapa bakal pengantin. Masukkan hal ini dalam senarai semak anda. Adakah anda mahu pergi ke kedai untuk bersolek atau mahu juru solek datang ke rumah anda? Runding hal ini dengan juru solek anda.

4. Buat tempahan awal

Sekiranya majlis perkahwinan anda dibuat semasa cuti umum atau cuti sekolah, tentu sahaja anda berkongsi hari bahagia tersebut dengan beberapa pasangan yang lain juga. Jadi buat tempahan terlebih dahulu dengan jurusolek anda seawal yang mungkin bila anda sudah yakin memilih juru solek anda.
Apatah lagi kalau juru solek yang anda suka itu mempunyai nama dan hasil kerjanya memang disenangi oleh pelanggannya, mesti berderet tempahan menunggunya!
Jangan sudah memasang angan untuk bergaya dengan solekan yang menawan tetapi mendengar jawapan ‘tidak boleh’, ‘sudah penuh’ daripada mulut bakal juru solek anda semasa membuat tempahan. Tentu haru jadinya.

5. Serasi atau tidak

Tentu aneh mendengar keserasian antara jurusolek dan pengantin tetapi itulah yang perlu diambil kira juga. Kalau artis seperti Siti Nurhaliza, dia senang sekali dengan Nurol Shukor menjadi juru solek untuk acara seninya.
Sebab keserasian antara anda dan juru solek sangat penting! Anda mungkin mengimpikan solekan smoky eyes yang penuh glamour untuk solekan perkahwinan anda, tetapi jurusolek anda menyolek anda dengan solekan minimalis! Tentu sahaja boleh naik angin ketika majlis perkahwinan anda. Lain yang diminta lain yang dibuat.
Sebab itu perlu keserasian. Kalau anda kata A, dia turut berfikir A. Jika anda mahu B, maka itu juru yang juru solek anda mahukan. Oleh itu, berjumpa dulu dengan juru solek anda. Kenal dan berbual dengannya. Baru anda tahu serasi atau tidak.

6. Jenis Jenama Alat Solek

Setiap juru solek ada koleksi jenama alat solek kegemaran mereka. Mungkin ada juru solek yang selesa mengoles wajah pelanggannya dengan jenama Bobbi Brown atau MAC. Tips ini untuk anda yang tahu keserasian kulit anda.
Ada sesetengah kulit tidak sesuai dengan sesetengah jenama. Untuk elakkan kulit anda naik merah atau solekan seperti tidak kena, maka semak jenama alat solek yang digunakan dan tentukan sama ada sesuai untuk anda atau tidak.
Kami di NotaHati mengharapkan anda akan mendapatkan solekan yang terbaik semasa hari perkahwinan anda. Jadi gunakan tips di atas semasa memilih juru solek pilihan anda. Jangan jadikan solekan sememeh dan buruk sebagai mimpi ngeri ketika hari yang paling bahagia dalam hidup anda!

Sumber : Kahwina

okay,,macam aku plak,aku suke mekap yg kalau dah mekap tu betol2 nmpk mcm mekap la kan...tebal sangat pon x cantik,,bergantung kepada mak andam tu la..bagi aku mekap tebal tu cantek kalau kene gayanya, x kepuh dan sebagainya.. so,,kepada bakal pengantin, kene buat research sehabis baik,ko kene tgk betul2 contoh mekap yg penah mak andam tu buat kat org lain,,kalau ko rasa cantek, blh la pakai khidmat beliau..jgn tersalah langkah yg membuat kan muka ko jadi x cantik..raja sehari kan,,mesti kene betul2 dalam membuat pemilihan!mcm aku kawen dulu,aku mmg suke mekap akak tu,,byk kali dah belek2 muka pengantin2 yg penah die mekap,,mmg puas hati..cuba jugak cakap mak andam lain mekap lagi cantek,tetap x jadik..nak die jugak..mak andam ni pon x sume perfect,ada tu baju,pelamin, hantaran sume da bomb,,tang mekap??hampessss..x jadi jugak..org mmg tgk pelamin, tp muke tu lagi penting bagi aku..sbb ko yg nk kene hadap tetamu2,pelamin bukan hidup pon kan...untuk mekap2 hari bersejarah aku, aku amik khidmat kak ayu di Serimanis Bridal die bukanlah Bridal yg besar n famous,tp aku suke hasil tangan mekap die.. ;)  habis la kembang kak ayu


1st time try mekap kak ayu masa bertunang..jujur cakap,aku x test mekap pon sebelum amik khidmat beliau,cukup sekadar tgk kat fb n blog die je..seeloknya korang kene buat test mekap ni..untuk dapatkan kepuasan yg sebetulnya,kecuali ko da puas hati tgk gmbr2 je mcm aku ;) so masa tu mmg puas hati,,aku cakap ni bagi aku n pandangan mata aku..aku rasa mekap ni ok sangat,x nmpk kepuh,licin je walaupun secara live..dlm gambar apatah lagi kan..well,,lain mata lain pandangan kan
setelah dah berpuas hati dengan mekap tu,pasti korang akan amik lagi khidmat mak andam tu kan?? ;) sama gak mcm aku,utk pre wedding,aku mekap lagi sekali dgn kak ayu..masa ni lebih tebal sikit bagi aku,tp die cakap mekap biasa..ohh,,sungguh x paham pandangan mata mak andam ni kan..tp tetap suke,sbb aku akan berpanas terik,tp mekap tetap anggun,,muahahaha
sampailah masa yg ditunggu2 dan hari bersejarah..hari tu amat penting ye,bukan utk kita je,tp mak andam..mak andam dipertanggungjawabkan untuk membuat muka pengantin berseri2.cehhh,,untuk mekap nikah,kak ayu buat yg simple n sweet saja,,sesuai untuk majlis nikah tu la kan..x yah heavy2..ada yg aku tgk mekap mata bukan main smocky lagi,,sangat x sesuai,,sebagai perantin ko ada hak ye nk ckp kat mak andam tu nk mekap cmne..
okay,,masa sanding pulak kak ayu buat mata aku heavy..mmg superb!aku suke sangat..diingatkan lagi sekali,ni bagi pandangan mata aku,,org lain aku x tau la..yg pntg i puas hatiiii...

pastikan jugak mekap tu bertahan smpai petang,sbb ko akan photoshoot smpai lebam kan..melompat2 tepi jalan sume tu..pastikan ianya x terjejassss...;)


lepas kawen pon aku masih menggunakan khidmat kak ayu untuk majlis2 kahwin sedara mara yg membuatkan nk nmpk vogue la kononnya,,x ada maknanya la haiiiii..saje suke2 nk mekap..ni utk dinner n aku mintak buat nipis n simple..bulu mata RCW pon aku xnak,,rimas ok! ;)
 ni TIPS daripada aku pulak utk bakal2 perantin nnti..

1) pastikan mekap tidak terlalu basah dan berminyak pada muka (sgt x cantik ok)

2) pastikan jugak mekap yg digunakan akan menaikkan seri wajah dan ada perubahan,bukanlah sama je ghoman eh mcm selalu2 tu without mekap! (rugi,,,rugi)

3) pastikan mekap x kepuh mcm tepung gomakkk,,nnti muka ko akan kelabu

4) pastikan segala cela,jerawat dan sebagainya dapat disembunyikan dengan jayanya,,mata yg kecik blh jadik besau,hidung x mancung blh jadi mancung dan lain2 ;)

ok lah,sekian sahaja mukadimah pada hari ni..
semoga tip ni berguna untuk korang2 yg bakal mendirikan rumah tangga nnti ye..

sekian

No comments: