Wednesday, April 4, 2012

Kalau dah Jodoh..........

salam rabu... ;)
okay,,hari ni xde idea utk topik..
tp saja nk ceritakan pasal jodoh,,berikutan kawan2 aku ramai jugak yg nak bina masjid thn ni..
alhamdulillah.....
perkara yg baik x elok dilengah2kan..;)  (macam aku!)
hehehhh,,aku nikah thn 2010,masa tu umur baru 22 thn (muda) ,en suami 28 thn  (tua)
kalau dah jodoh kan,,perkenalan singkat pon jadi,,ada yg bercinta bagai nak rakkk,x kemana jugak..
n lagi 1,jgn terlampau memilih nau..ada gak kedengaran suara2 yg cakap mcm2 masa aku nk kawen nih..sejak berkawan lagi ada yg cakap,"ehh,x hensem la,,bla3"
uiiiiiiiiiiiiiii,,ko nak kawen ngan muka ke hati??muka hensem pon kalau x blh membimbing nk buat apa..aku rasa ok je en suami tu,,sume lengkap,xde lak cacat anggota..muahahahaha,,(gelak kat ko balik!)
pape pon bersyukur sangat sumenye dipermudahkan dan direstui oleh kedua2 belah keluarga..


nak dijadikan cerita,ko ingat bapak aku tu senang2 nk bagi kawen dalam usia aku yg muda belia tu??
cehhh,,belia ke?
kalau nak tau,bapak aku masih anggap aku ni seperti anak kecil yg perlu diberikan perhatian dari A-Z!
walupun umur dah 22thn!
smpaikan sekarang ni pegi honeymoon pon aku masih lagi melapor diri kat ayah aku tau kalau dah smpai..wajib ok call die..kalau x die merajuk..(smpai mak aku ingatkan die,yg aku ni dah KAWEN!)
bapak aku mmg x penah tau dengan sapa aku berkawan dulu (kawan lelaki),lagi kan pulak couple!
mmg x lah kan..aku sendiri x berani nk cakap...
bapak aku garang tau!tp kalau bergurau mmg kalah raja lawak mahupun maharaja lawak...
so,,mak aku la penyimpan mohor2 terbesar itu..hehehh..
bila kenal dengan en suami ni mule2 berkawan..
cerita2,,sekali tertanya pulak kampung kat mana?
so en suami cakap kat rantau..aku mcm haaa?rantau?
aku pon kg kat rantau,belah bapak aku....
dari situ lah pertama kalinya aku tnye bapak aku,,knl x bla3 (ayah en suami)
dengan bangganya bapak aku jawab,, "ape lak x kenal,1 kampung!" nahhhhhhhhh!
dlm hati dah melonjak2 gembira sakan sambil berkata (wahhh,,senang keje) muahahahaha...
sejak pada tu bapak aku dah tau yg aku ni berkawan dengan en suami..
lama kelamaan hubungan kami menjadi lebih serius...
lalu kedua2 belah keluarga bertemu untuk merisik,mengikat tali pertunangan dan seterusnya nikah..
dinikahkan oleh bapak sendiri..belakang ayah aku tu sume pakcik2 en suami yg berjejak kasih pada hari kejadian! :)
 tu satu hal,,ada lagi satu insiden,,lepas kawen kami melakukan aktiviti 'menyalang'...aku x tau la negeri lain panggil apa,,tp melawat saudara mara setelah berkahwin,,kiranya mcm show off lah!kenalkan laki n bini kat sedara mara kau..
masa pegi rumah makcik en suami, makcik nin cita la itu ini...
sekali die cakap "korang ni sebenarnya saudara tau.."
aku n en suami mcm haaa??x tau la plak..
sebenarnya aku n en suami ni kira saudara jauh,4 pupu la gitew,,kelass kau,,nasib x kupu-kupu..
moyang aku n moyang en suami sepupu..haaaaa,,,,,aku mls nk pikir yg atas2 lagi tu,,fening..
so secara x langsung perkahwinan kami ni macam menyatukan balik keluarga2 yg da lama x berjumpa,,seronok tau,kebetulan hari tu cousin aku baru nikah,so sume datang,,belah en suami n belah aku bergabung,kalau x,mmg aku x kenal lah kan..
jadinya kesimpulan kat sini restu keluarga tu sangat2 penting ye...

ayah ibu merestuiiii......
menyarung cincin di jariiiii...
dengan rahmat dari Illahi
cinta kita pun bersemiiii...auwwww,nyanyi2 pulakkk
perkahwinan ni bukan semata2 kerana cinta tapi untuk menyempurnakan agama..ingat tu (peringatan untuk diri sendiri jugak)

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”

"seorang lelaki yang baik,dia pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik bukan menghanyutkannya"

Ganjaran Untuk Para Isteri Oleh Allah
  • “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”
  • “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
  • “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
  • “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
  • “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
  • “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
  • “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
  • “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis riwayat Anas Bin Malik)
  •  Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrup .
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak .
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati.
  • Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI.
 (Sumber : Diari Hati)

*ni sume untuk peringatan diri sendiri jugak..kita sentiasa mencuba untuk mencari kebaikan dan jalan keredhaan Allah..sentiasa ingat pesan en suami "biar x kaya di dunia,tapi kaya di akhirat!"ouhhhh,,en suami selalu mengulang2 ni kalau bini die meroyan ke hapa.. ;D ampunnnnn


kepada kawan2 yg bakal mendirikan rumah tangga,Selamat Pengantin Baru!,semoga kekal hingga ke akhir hayat dan ke syurga..Selamat melayari bahtera perkahwinan.. ;)

sekian..

6 comments:

Cik Aja said...

auwww..romantis tau !
apa2 pon, thnks sbb share input berguna..
=)

wAnNy said...

haha,,apa yg romantis nye.. ;D

wanna bakal bini orang said...

Ini yg buat lg tak sabaq nk kawen nie, hehe

wAnNy said...

wanna bakal bini orang - hehehe,,jgn tangguh2 benda baik ;)

Sumayyah Nadhirah said...

nk kawennnnnnn

wAnNy said...

maya-kawen lerrr,,x lama lg kan?Hihihi :-P