Tuesday, October 27, 2009

daUlat TuaNku!!!!


Pertabalan kaya tradisi, sejarah

KUALA PILAH: Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, 61, selamat ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 dalam upacara penuh tradisi diraja Negeri Sembilan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, dekat sini, semalam.

Istiadat penuh bersejarah itu disaksikan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan dua putera baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-'Abidin serta Anak-Anak Raja Bergelar, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

Turut menghadiri istiadat itu ialah wakil Raja-Raja Melayu, termasuk wakil Sultan Brunei dan Yang di-Pertua Negeri serta isteri masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, adalah antara orang kenamaan yang hadir.

Istiadat pertabalan tepat jam 11 pagi itu bermula dengan keberangkatan masuk Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani ke Balairong Seri didahului Orang Empat Istana membawa Peti Benian sambil diiringi Putera Yang Empat.

Datuk Bentara Kanan, Ibrahim Ujang, kemudian tampil ke depan singgahsana mengadap dan memohon perkenan Tuanku Muhriz untuk memulakan istiadat dengan menyeru Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Klana Petra, Datuk Mubarak Dohak untuk mengadap dan melafazkan pertabalan.

Sebaik istiadat itu selesai, Datuk Seri Amar Diraja dan Datuk Pegawai Yang Enam bangun untuk menurunkan daulat sebelum Datuk Bentara Kanan melaungkan `Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali, diikuti semua hadirin.

Ini diikuti dengan lagu kebesaran Negeri Sembilan dimainkan serentak dengan tembakan meriam 32 das oleh 41 Bateri Istiadat, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Istiadat diteruskan dengan Istiadat Mengadap Menjunjung Duli dimulai Undang Yang Empat, diikuti Datuk Shahbandar Sungai Ujong dan Penghulu Luak Tanah Mengandung serta Lembaga masing-masing, seterusnya Menteri Besar.

Menteri Besar kemudian menyampaikan ucapan tahniah dan sembah taat setia daripada kerajaan dan rakyat Negeri Sembilan sebelum titah ucapan Tuanku Muhriz dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti negeri, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

Dengan selesainya istiadat ini, Tuanku Muhriz, yang diputerakan pada 14 Januari 1948 dan satu-satunya putera daripada enam beradik kepada pasangan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9, Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Durah Tunku Besar Burhanuddin, ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11.

Istiadat ini adalah upacara kemuncak selepas hampir setahun baginda dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember 2008 berikutan kemangkatan Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman.

Istiadat itu adalah peristiwa bersejarah dan unik dalam sistem pemerintahan beraja yang mengamalkan Adat Pepatih selepas kali terakhir diadakan pada 1968.

-BERITA HARIAN

6 comments:

sue_hatimanis said...

wow...
bangganye jadi rakyat malaysia...
walaupun moden tapi adat tetap di ambil kira
tak kira kat mana-mana kan wanny...
DAULAT TUANKU!!

syaf said...

daulat tuanku...patik org n9 gak

wAnNy said...

sue-btol2..
bgga ni...adat ttp penting..

syaf-owh,,owg n9 gak eh??hehe

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

daulatttt...

fhad said...

elehhhh x heran pun dapat cuti.. hahahah... padahal jeles ni..

wAnNy said...

haha,,wek!!!
jeles2...